Exclusive Content:

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.

Peranan ICT Dalam Pembangunan Masyarakat di Luar Bandar

ICT Dalam Pembangunan Masyarakat di Luar Bandar

Secara dasarnya, DCC bukan hanya menjadi pusat yang menyediakan ruang untuk masyarakat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga sebagai wadah untuk meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pemahaman mereka tentang isu-isu semasa.

Melalui akses kepada pelbagai sumber maklumat dan program pembelajaran, masyarakat terutama golongan belia dapat meluangkan masa lapang mereka dengan lebih bermakna di DCC.

Oleh itu, penubuhan DCC mempunyai potensi yang sangat besar dalam memberi impak positif kepada pembangunan belia dan masyarakat secara keseluruhan.

Inilah antara impak positif daripada kewujudan DCC yang telah dikongsikan oleh Encik Ramdzan Bin Saman dari Perkhidmatan Pepustakaan (Community Engagement Services), Pustaka Negeri Sarawak ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Encik Ramdzan Bin Saman dari Perkhidmatan Pepustakaan (Community Engagement Services), Pustaka Negeri Sarawak)

Menurut beliau, pembinaan DCC secara tidak langsung telah membolehkan komuniti luar bandar mengakses peluang kepada keusahawanan digital sekali gus meningkatkan ekonomi selain manfaat terhadap pendidikan anak-anak.

Tidak dinafikan, Kemudahan Teknologi Maklumat (ICT) memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan pelajar dan masyarakat di kawasan luar bandar kerana ia membolehkan akses kepada pendidikan berkualiti melalui pembelajaran secara dalam talian dan sumber digital.

DCC bantu meningkatkan prestasi pembelajaran di kalangan pelajar sekolah

Melalui akses kepada pendidikan dalam talian dan program pembelajaran, DCC dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pembelajaran di kalangan pelajar sekolah.

Jelas beliau, kemahiran komuniti dalam teknologi dapat ditingkatkan melalui latihan dan program yang disediakan untuk mempersiapkan penduduk ke arah ekonomi digital di mana ini kesemuanya berperanan dalam memajukan komuniti luar bandar secara holistik.

Kerana itu, Pustaka Negeri Sarawak melalui DCC memainkan peranan penting sebagai agensi yang memberikan kesedaran dan membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat terhadap peluang-peluang yang sedia ada serta inisiatif digital yang telah kerajaan Sarawak laksanakan.

Dengan adanya maklumat serta saluran yang betul, ia akan dapat membantu golongan-golongan ini menambahbaik kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan dan sebagainya.

Kemudahan ICT memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan pelajar dan masyarakat

Usaha ini melibatkan penambahbaikan program latihan, pengenalan kepada peranti dan perisian perniagaan, serta melibatkan kerjasama bersama agensi yang mahir dalam keusahawanan.

Untuk memastikan keberkesanannya, usaha ini akan dipantau melalui penilaian prestasi program, kajian kesan, serta maklum balas daripada peserta.

Pemantauan dan kerjasama berterusan berdasarkan maklum balas pengunjung DCC juga akan meningkatkan kesan positif program-program tersebut.

Justeru, perancangan Pustaka di masa hadapan adalah untuk meningkatkan kualiti kandungan kursus, bengkel dan kerjasama pintar dengan agensi-agensi serta organisasi yang bersesuaian.

Langkah ini diyakini akan dapat memperkukuhkan sokongan teknikal dan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat dan inisiatif pendigitalan.

Tambah beliau, promosi yang lebih aktif dan efektif serta kerjasama dengan rakan pintar juga amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perkhidmatan yang disediakan di DCC.

Hal ini kerana, usaha ini akan membantu Pustaka Negeri Sarawak memaksimumkan impak DCC dalam menyokong pembangunan komuniti dan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat khasnya dan Sarawak amnya.

Untuk memastikan objektif pembangunan DCC dapat dicapai dengan efektif, langkah-langkah seperti pemantauan yang berterusan, keserasian dengan keperluan komuniti, dan kerjasama dengan pelbagai pihak harus diambil berat.

Impak penubuhan DCC kepada komuniti akan dapat dilihat apabila program dan inisiatif digital yang disediakan seterusnya dapat diambil alih oleh masyarakat setempat dan menjadi hak milik mereka sepenuhnya.

Dengan pendekatan ini, DCC akan dapat memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemahiran, pendidikan, keusahawanan, dan pembangunan komuniti dalam jangka masa panjang.

Berkenaan perancangan bagi tahun 2024-2025, beliau memaklumkan Pustaka akan meningkatkan jumlah DCC terutamanya di kawasan yang memerlukan perkhidmatan sokongan serta kesedaran teknologi maklumat dan digital.

Langkah ini adalah memastikan masyarakat di Sarawak yang memerlukan perkhidmatan sebegini dapat memanfaatkan potensi inisiatif digital kerajaan Sarawak.

Seterusnya, Pustaka juga akan menyediakan latihan ICT yang lebih berfokus serta meningkatkan kemampuan dalam memperkukuhkan ekonomi tempatan melalui inisiatif digital yang sedia ada.

Ekonomi dunia pada hari ini sedang dipacu oleh teknologi digital

Latest

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Newsletter

spot_img

Don't miss

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

Keropok Mukah Identiti Warisan Masyarakat Pesisir Pantai

Bahang terik mentari menghasilkan kerangupan dan kesempurnaan rasa adunan...

Komuniti Kreatif dan Revolusi Baharu Penyembuhan Mental

Kesunyian moden bukan sekadar masalah individu yang dianggap lemah atau terlalu sensitif, sebaliknya merupakan kesan langsung daripada gaya hidup moden yang semakin memisahkan manusia daripada hubungan komuniti sebenar dan interaksi sosial yang bermakna.
spot_imgspot_img

Bermain Demi Kesejahteraan Minda

Dalam usaha membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental, mungkin sudah tiba masanya kita berhenti melihat “bermain” sebagai kemewahan, dan mula mengiktirafnya sebagai keperluan.

Aktiviti Ringan Untuk Minda Lebih Sihat

Kuasa bermain bukanlah satu tindakan melarikan diri daripada realiti, sebaliknya ia adalah cara untuk memulihkan tenaga dalam dunia yang menuntut manusia sentiasa sibuk hingga terlupa untuk sembuh.

Membongkar Mitos Produktiviti Dalam Hobi

Semakin diiktiraf sebagai pendekatan penyembuhan kreatif, kuasa bermain melalui hobi dan aktiviti yang dilakukan demi keseronokan terbukti membantu mengurangkan tekanan, memperkukuh daya tahan emosi serta meningkatkan kesejahteraan mental dan kualiti hidup seseorang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here