Exclusive Content

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.

Sarawak Unveils 2027 Welfare Budget

The Sarawak Budget 2027 delivers broad financial support, improving community welfare through targeted cash aid, free education, better healthcare, and rural infrastructure. This strategic plan helps families manage costs while building long-term economic opportunities for all local citizens today.

Women Lead Climate Resilience Through WPS Agenda

ASEAN's Women, Peace and Security agenda recognises women as leaders in climate adaptation and disaster risk management. Yet progress remains uneven. Regional plans are strong, but local women still need money, data and decision-making power to build truly safer communities.

Peranan Pendidikan Dalam Pembangunan Komuniti

Secara umumnya, pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam dalam pemberian pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan.

Melatih komuniti terlibat dalam aktiviti perniagaan dengan cara baharu iaitu secara dalam talian (online)

Pendidikan boleh berlaku dalam situasi formal atau tidak formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan formatif terhadap cara seseorang berfikir, merasakan, atau bertindak dapat dianggap sebagai pendidikan.

Pendidikan formal berlaku di sekolah dan institusi pendidikan sedangkan pendidikan tidak formal berlaku melalui penglibatan ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Pembangunan komuniti pula merupakan satu usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak terutamanya masyarakat yang terlibat untuk memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan masyarakat di tempat tersebut.

Pembangunan komuniti juga membantu masyarakat yang terlibat untuk berdikari dan mempunyai sifat jati diri yang tinggi.

Dengan sikap sebegini masyarakat yang terlibat mampu untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka dan juga mengenal pasti masalah-masalah yang mendatang.

Pembangunan komuniti menyediakan rangka kerja yang jelas untuk membolehkan masyarakat yang terlibat bekerjasama dan saling bantu membantu di antara satu sama lain, berkongsi wawasan dan tanggungjawab untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

Penganjuran aktivit seperti seminar untuk membantu komuniti menjana idea-idea baharu dalam merancang aktiviti pembangunan dari aspek sosial dan ekonomi

Pembangunan komuniti ini penting kepada masyarakat kerana ia menyediakan rangka kerja yang sistematik untuk pembangunan masyarakat terutamanya di dalam usaha membasmi kemiskinan, malahan juga penting untuk kejayaan jangka panjang di dalam era globalisasi.

Di sini kita lihat bahawa pendidikan tidak dapat diketepikan dalam pembangunan komuniti kerana mereka yang berpendidikan boleh menyumbang secara signifikan kepada keluarga dan masyarakat dalam pelbagai aspek dan bidang, sekali gus mewujudkan masyarakat yang stabil dan merangsang.

Pendidikan dikatakan sebagai asas di mana pembangunan dan kemajuan datang kepada masyarakat maka, terdapat pelbagai sebab mengapa pendidikan itu sangat penting dalam pembangunan komuniti.

Pendidikan digital itu perlu diterapkan di kalangan komuniti setempat

Pendidikan adalah sumber sokongan dan kestabilan yang padu dalam pembangunan negara kerana ekonomi negara yang stabil berkait rapat dengan pendidikan.

Manusia berpengetahuan dalam masyarakat mempunyai kecenderungan yang lebih besar untuk berubah menjadi usahawan, peguam, penulis, doktor, jurutera, atau sesuatu yang mereka cita-citakan.

Pendidikan dapat membentuk komuniti yang beradab dan berakhlak mulia dalam masyarakat kerana manusia berilmu ini mempunyai pemikiran yang betul dan pada akhirnya, bergerak untuk kewujudan yang hebat.

Dengan adanya pendidikan, masalah seperti pelanggaran garis panduan dan undang-undang atau ketenteraman akan dapat diminimumkan dalam masyarakat warganegara yang berilmu.

Dalam masyarakat hari ini, mempunyai pendidikan dianggap sebagai bahagian penting untuk diterima oleh orang sekeliling.

Sesebuah komuniti yang mempunyai pendidikan menjadikan mereka sebahagian daripada masyarakat yang berguna, kerana ilmu yang ada membuat mereka berasa penting dalam masyarakat.

Pendidikan sentiasa diberi perhatian tinggi dalam kelompok masyarakat kerana untuk memastikan gaya hidup yang selesa, orang harus mendidik diri mereka sendiri dan mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang baik agar berjaya dan berpuas hati.

Usaha mendidik komuniti menjadi usahawan yang berilmu, kreatif dan inovatif

Ia membantu memperoleh reputasi yang lebih baik dan meningkatkan peluang untuk menaiki tangga kejayaan dengan lebih mudah dan pantas daripada orang lain yang tidak berpendidikan.

Orang yang berpendidikan memahami betapa berharganya hidup dalam komuniti yang stabil dan selamat justeru, mereka lebih cenderung untuk mengambil bahagian dalam projek yang membantu meningkatkan bukan sahaja kejiranan mereka tetapi juga masyarakat.

Di samping itu, apabila orang mampu membeli kediaman mereka sendiri, mereka cenderung untuk mengambil bahagian bukan hanya dalam memperbaiki kediaman mereka tetapi juga dalam menyelesaikan masalah tempatan di sekitar mereka.

Pada zaman digital hari ini, hampir seluruh kehidupan manusia adalah berkait dengan perhubungan melalui jaringan internet yang menjadikannya berkembang sangat pesat.

Mahu tidak mahu, pendidikan digital itu perlu diterapkan di kalangan komuniti setempat kerana ia akan dapat membantu mereka berhubung di seluruh dunia memandangkan tiada ada lagi sempadan yang memisahkan kita.

Mampu berkomunikasi dan berkongsi pendapat dengan orang lain akan membantu kita memahami dan menghargai satu sama lain dengan lebih baik

Kesimpulannya ialah, pendidikan yang baik menjadikan seseorang individu itu berkembang secara peribadi, sosial dan juga ekonomi, malah juga membantu kita menjalani kehidupan seharian dengan cara yang terbaik.

Latest

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara....

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah...

Infrastruktur Sarawak Memacu Kemahiran Masa Depan

Kemudahan pendidikan moden di seluruh Sarawak sedang aktif mentransformasikan persekitaran pembelajaran tempatan. Pusat-pusat teknikal yang dinaik taraf ini menyediakan latihan praktikal yang penting untuk golongan belia. Dengan membina institusi yang lebih baik, wilayah ini menyediakan pelajar tempatan secara berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja lanjutan serta kerjaya masa depan.

Krisis Senyap Kesihatan Mental Belia

Laporan Belia Dunia PBB 2025 mendedahkan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia berlaku secara senyap. Hampir 3,000 belia dari 137 negara terlibat. Di Malaysia dan Sarawak, tekanan pendidikan, pekerjaan, keluarga, kemiskinan, teknologi dan stigma menuntut sokongan segera serta tindakan bersama.
spot_imgspot_img

Merapatkan Jurang, Membuka Peluang Digital Komuniti

Peningkatan liputan telekomunikasi luar bandar bukan sekadar membina menara. Ia mengisyaratkan teknologi yang membuka peluang merentasi pelbagai platform digital. Merapatkan jurang digital bermakna merealisasikan impian...

Building Skills and Opportunity for Rural Sarawak

Sarawak’s 2027 budget plans cover STEM, TVET and free tertiary study. The report shows strong activity, including 6,246 free tertiary students and 36 aerospace graduates with job offers. It also notes still weak outcome data and 680 reported unsafe schools.

Kekalkan Hubungan Harmoni Dengan Alam Sekitar

Sumber alam semula jadi seperti hutan hujan tropika ialah suatu kurniaan dan nikmat yang tidak ternilai di atas muka bumi. Khazanah yang dimiliki ini jugalah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here