Exclusive Content:

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Projek Jalan Ladang Beri Manfaat Kepada Peladang Dan Pekebun Kecil

Projek jalan ladang biasanya meliputi kerja naik taraf dan membina jalan ladang atau jalan pertanian bagi menghubungkan para pekebun kecil dengan kampung-kampung berhampiran selain sebagai laluan utama kenderaan bagi mengangkut barangan dan hasil pertanian.

Skop pelaksanaan jalan ladang atau pertanian terbahagi kepada tiga komponen iaitu bina baharu, naik taraf dan baik pulih malah, pembinaannya sering dikaitkan dengan aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Jalan ladang atau pertanian ini bertujuan untuk memberi impak menyeluruh ke atas pembangunan sosioekonomi di kawasan luar bandar dengan menyediakan kemudahan jalan perhubungan desa yang asas bagi jalan ladang atau pertanian.

Ia juga bertujuan agar kemudahan jalan bagi keperluan golongan pekebun kecil persendirian dan tidak terancang di sektor perladangan dan komoditi dipertingkatkan.

Dengan itu, jalan kampung sedia ada turut meliputi jalan ke kebun persendirian, jalan yang menjadi laluan utama kenderaan berat dan jalan ladang yang digunakan oleh pekebun kecil dan orang ramai di kampung berhampiran.

Mengambil contoh di Daerah Meradong misalnya, pada tahun 2020, Jabatan Pertanian Daerah Meradong telah berjaya melaksanakan 11-unit Penyelenggaraan Jalan Ladang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM788, 880.

Projek Jalan Ladang memberikan impak yang sangat besar kepada para petani dan peladang kerana adanya jalan ladang ini, ia membolehkan petani-petani dihubungkan dengan jalan-jalan utama.

Menurut Penyelia Projek Sawit, Jabatan Pertanian Daerah Meradong Encik Mitchell anak Thomas, Projek Jalan Ladang telah memberi manfaat kepada 38 peserta pekebun kecil kelapa sawit dari Rumah Awan, Sungai Lemayong, Bintangor.

Penyelia Projek Sawit, Jabatan Pertanian Daerah Meradong Encik Mitchell anak Thomas

Jalan ladang yang baik sangat penting untuk kegunaan penduduk di rumah panjang dan kampung-kampung bagi menjalankan aktiviti pertanian harian selain menjadi jalan utama untuk mendapatkan hasil tanaman untuk jualan.

Naik taraf jalan ladang di Rumah Awan, Sungai Lemayong ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memantapkan lagi pengeluaran hasil pertanian di kawasan tersebut.

Pada 2019, projek kelapa sawit Rumah Awan telah mendapat bantuan dalam bentuk pembinaan jalan ladang sepanjang 2-kilometer (km) untuk menyenangkan para peserta menuai dan membawa kelapa sawit mereka ke kilang.

Projek pembinaan jalan ladang sepanjang 2-kilometer (km) di Rumah Awan, Sungai Lemayong

Projek jalan ladang itu telah menelan kos lebih daripada RM100 ribu yang merangkumi pembinaan jambatan, pembelian simen serta batu dan ia mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk siap.

Sempena tinjauan RAKAN Sarawak ke projek Jalan Ladang Rumah Awan, Sungai Lemayong pada hari tersebut, penulis berkesempatan menemu ramah salah seorang peserta projek kelapa sawit iaitu Tuai Rumah (TR) Japan anak Sangau yang kini sudah berusia 65 tahun.

Peserta projek kelapa sawit Rumah Awan, Tuai Rumah (TR) Japan anak Sangau

Ternyata, beliau begitu gembira dan bersyukur kerana Jabatan Pertanian telah melaksanakan projek jalan ladang di kawasan ladang kelapa sawit mereka.

Sebelum adanya jalan ladang ini, mereka mengalami pelbagai kesukaran dan cabaran untuk bekerja di ladang sawit terutama ketika hari hujan kerana jalan tanah akan menjadi sangat becak sehingga menyukarkan kenderaan memasuki kawasan ladang sawit mereka.

Keadaan jalan di lawang kelapa sawit selepas hujan lebat

Hasil tuaian juga sedikit kerana tiadanya kenderaan yang dapat mengangkut hasil sawit mereka kerana masalah jalan yang tidak elok dan tiadanya jambatan membuatkan kenderaan sukar memasuki kawasan ladang mereka.

Namun, kini semua peserta sudah dapat menarik nafas lega apabila jalan ladang yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Meradong telah memudahkan pergerakan mereka dan hasil tuaian juga sudah berlipat kali ganda.

Jalan ladang ini bukan saja telah memberi manfaat kepada peserta pekebun kecil kelapa sawit, namun turut memberi manfaat kepada peserta Projek Tanaman Getah Berkelompok (TBGB) RH Awan, Sungai Lemayong seramai 36 orang.

Rangkaian jalan ladang yang sempurna merupakan elemen penting bagi melengkapkan sistem pengairan dan saliran. Justeru, projek pembangunan jalan ladang perlu dilakukan secara berterusan bagi memudahkan penghantaran input dan hasil ladang, lalu lintas jentera ladang dan perhubungan antara desa dan bandar.

Salah satu jalan ladang di Skim Nanas Kampung Pandam, Limbang yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran

Latest

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

Alat Poket Senarai Semak Sudut Tenang

Dengan menerapkan elemen ‘Seni Bina Ketenangan’ dalam kehidupan harian, kita bukan sahaja membina ruang fizikal yang indah, tetapi juga menyokong kesejahteraan mental dan emosi secara holistik.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Building a Sarawak Where Every Elder Lives with Dignity and Joy

Sarawak’s ageing society is a mark of progress. By bridging rural gaps, closing the digital divide, and honouring care with genuine compassion, we can ensure every elder lives with dignity, remains included, and knows they are deeply valued across all communities
spot_imgspot_img

Deconstructing the “Meroyan” Stigma in Postnatal Care

In Malaysia, the term ‘Meroyan’ stigmatises new mothers’ emotional struggles; reframing it as postnatal depression, early routine screening by midwives, accessible CBT through TIARA-MURNI, telemedicine, and teaching practical coping skills can ensure maternal mental health support at local health clinics.

Pameran Terapi Seni Alat Poket Kecil Bantu Kesihatan Mental

Kesihatan mental bukan lagi isu yang boleh dipandang remeh apalagi dalam keadaan masyarakat yang semakin tertekan, justeru pendekatan kecil tetapi praktikal seperti terapi seni mampu menjadi ruang selamat untuk seseorang memahami dirinya sendiri.

Pameran Seni Sebagai Medium Penyembuhan

Pameran terapi seni berperanan sebagai medium penyembuhan mental yang menghubungkan ekspresi kreatif, emosi dan komuniti, sekali gus meningkatkan kesedaran serta mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental dalam gaya hidup moden yang semakin mencabar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here