Exclusive Content:

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Mewujudkan Ketenangan Tanpa Kos Tinggi

Ketenangan bukan sesuatu yang boleh dibeli, tetapi dicipta sedikit demi sedikit melalui kesedaran, kasih sayang terhadap diri sendiri dan susun atur ruang yang bijak, yang menjadi inti kepada konsep Seni Bina Ketenangan

Unlocking Green Gold for Rural Communities Through the Bamboo New Economy

Rural Sarawak communities hold the key to bamboo prosperity, your land, knowledge, and labour can generate sustainable income, preserve cultural heritage, and protect our forests. Join the green economy revolution today; your village's future starts with one bamboo shoot.

Projek Rakyat Tingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Luar Bandar

Pembangunan infrastruktur dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan di Sarawak, justeru Kerajaan Sarawak tidak teragak-agak untuk meluluskan peruntukan besar bagi melaksanakan projek infrastruktur strategik dan utiliti demi kepentingan rakyat dan negeri.

Belanjawan 2024 menyaksikan Kerajaan Sarawak terus komited dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar menerusi beberapa projek antaranya ialah projek rakyat dengan peruntukan sebanyak RM550 juta.

Projek rakyat merupakan cetusan idea Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang telah direka untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan sosial yang berkaitan dengan jalan raya, jambatan, bekalan air, bekalan elektrik, perumahan dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan.

Secara dasarnya, projek rakyat merupakan program pembangunan yang komprehensif dilaksanakan oleh pelbagai agensi teknikal dan tidak dinafikan, projek-projek sebegini yang banyak membantu Kerajaan menyelesaikan permasalahan rakyat-rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman.

Kesemua projek tersebut memberikan impak tinggi kepada kehidupan rakyat berdasarkan permintaan dan keperluan rakyat seperti akses kepada bekalan air bersih, bekalan kuasa 24 jam, jalan raya dan sambungan Internet yang lebih baik.

Bukan setakat itu, projek rakyat turut meningkatkan kesejahteraan rakyat, mewujudkan pekerjaan untuk rakyat tempatan dan merangsang aktiviti perniagaan domestik serta menyokong pertumbuhan industri tempatan.

Projek rakyat turut mendorong kepada pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan hartanah, logistik dan pengangkutan barangan yang cekap dan lebih murah di samping merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Merujuk Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), YB Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, sehingga kini, kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan sebanyak 254 Projek Rakyat yang terdiri daripada;

  1. 140 projek jalan raya bernilai RM9.25 bilion;
  2. 53 jambatan bernilai RM2.61 bilion;
  3. 56 bangunan dengan kos RM1.32 bilion;
  4. Satu STOLport bernilai RM296.0 juta; dan
  5. Empat jeti dengan kos RM1.47 juta.

Menurut beliau, kemajuan projek-projek tersebut adalah 114 siap dibina; 47 dalam pembinaan; dan 93 pada peringkat pra-kontrak.

Perkara ini dijelaskan oleh beliau dalam ucapan penggulungannya semasa Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada 28 November 2023.

Jelas beliau, menerusi projek dan program pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dari tahun 2018 hingga 2023, Kerajaan Sarawak telah meluluskan 358 projek rakyat dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.16 bilion

Kerja-kerja naiktaraf Jalan Sg Seputi/Sg Sebindang di bawah pakej Projek Rakyat DUN Marudi

Projek-projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Lembaga Lindungan dan Kemajuan Tanah (LCDA).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 216 projek telah siap, manakala baki 142 lagi masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Beliau turut memaklumkan, sehingga kini, sejumlah RM1.386 bilion telah diperuntukkan kepada 13 PBT oleh agensi pembangunan wilayah seperti Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA); Agensi Pembangunan Samarahan Wilayah Bersepadu (IRSDA); Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) bagi pelaksanaan 145 projek infrastruktur dan kemudahan asas.

Mengulas tentang infrastruktur jalan raya, beliau menekankan bahawa ia merupakan aset awam yang sangat penting, justeru program penyelenggaraan jalan yang kerap diperlukan untuk memastikan jalan sedia ada dalam keadaan optimum.

Pada tahun 2023, sebanyak RM288.2 juta telah diluluskan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada MPHLG untuk menyelenggara jalan-jalan majlis, termasuk perabot jalan, bahu jalan, longkang tepi jalan dan lain-lain di 24 kawasan PBT.

Kerajaan Sarawak juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM242.04 juta bagi pelaksanaan lapan (8) Projek Rakyat yang terdiri daripada dua (2) kerja menaik taraf infrastruktur di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Igan dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Tian; serta enam (6) projek di bawah Program Rumah SPEKTRA Permata (RSP) dengan empat (4) Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Kuching, Samarahan, Serian, Betong dan dua (2) Skim Penempatan Semula (SPS) di Limbang dan Lawas.

Projek RSP di SPK Igan Matu

Pelaksanaan SPS dan SPK ini jelas mencerminkan keutamaan dan keprihatinan Kerajaan terhadap individu berpendapatan rendah yang memerlukan tanah untuk membina rumah sendiri.

Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan peruntukan Projek Rakyat sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 71 projek SPS dan SPK telah diluluskan yang akan menyediakan sebanyak 7,113 lot kediaman dengan kos pelaksanaan dianggarkan berjumlah RM1.13 bilion. 

Pembinaan 62 unit Rumah Spektra Permata (rsp) di Skim Pembesaran Kampung (SPK) Santubong
Model RSP di SPK Santubong

Daripada 71 projek tersebut, 15 projek telah pun siap sepenuhnya mengikut skop pembangunan dan baki 56 projek akan diteruskan sehingga penghujung RMKe-12.

Kerajaan juga telah meluluskan pembangunan infrastruktur berspesifikasi baharu bagi SPK Tellian Fasa 1 di bawah Projek Rakyat dengan peruntukan RM30 juta.

Jumlah lot kediaman yang disediakan adalah sebanyak 168 lot dengan infrastruktur berspesifikasi baharu di mana projek ini akan ditender pada suku pertama tahun 2024 dan dijadualkan siap pada suku kedua tahun 2026.

Kesemua projek yang dilaksanakan di bawah projek rakyat ini dijangka menjana pengganda ekonomi yang signifikan bagi Kerajaan Sarawak, mewujudkan prospek pekerjaan tambahan untuk rakyat tempatan dan menghidupkan semula sektor pembinaan dan perkhidmatan.

Dengan peruntukan yang lebih besar daripada belanjawan tahunan dan sumber pembiayaan lain, ditambah dengan usaha berterusan Kerajaan untuk memastikan penyiapan dan penyampaian projek, Sarawak dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi antara 5% dan 6% pada tahun ini.

Latest

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

Grassroots Leadership Tackles Social Challenges

Grassroots leaders in Sarawak drive community resilience through culturally rooted, evidence-informed responses to social challenges, supported by the Premier's vision of empowerment, decentralized governance, and sustainable investment in local capacity for inclusive, lasting development across diverse rural landscapes.

Newsletter

spot_img

Don't miss

Hala Tuju Teknologi Hijau Sarawak: Memperkasa Penglibatan Komuniti Luar Bandar dalam Agenda Kelestarian

Masyarakat luar bandar digalakkan merebut peluang teknologi hijau seperti solar, pertanian pintar dan kredit karbon. Inisiatif ini membuka pendapatan baharu, kemahiran moden dan kehidupan lebih sejahtera. Jangan lepaskan kesempatan menjadi agen perubahan kelestarian demi masa depan generasi cerah akan datang.
spot_imgspot_img

From Repair to Resilience: Adapting Through Trauma

Trauma can alter brain function through stress responses, but neuroplasticity enables recovery, challenging the belief of permanent damage and highlighting the brain’s resilience, adaptability, and potential for healing after adversity.

Community Mentorship Builds Youth Financial Resilience and Stability

Local mentorship networks in Sarawak and Malaysia equip young people with practical budgeting skills and accountability, reducing bankruptcy rates among vulnerable youth. Evidence shows community-driven guidance transforms financial knowledge into lasting behavioural change and long-term economic stability across all generations.

From Waste to Watts

Transform Sarawak’s rural waste into reliable power, thriving economies, and healthier communities. Our decentralized systems deliver sustainable independence, slash costs, and fulfil the Premier’s vision of resilient villages. Embrace circular prosperity today, power your tomorrow, and lead the renewable revolution.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here