Exclusive Content:

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.

Mengekalkan Warisan Budaya Etnik di Bandar Tanpa Meminggirkan Masyarakat Luar Bandar

Penghijrahan belia etnik Sarawak ke bandar seperti Kuching dan Miri mewujudkan jurang warisan, menyebabkan tradisi kampung terancam. Usaha pemuliharaan budaya bandar perlu adil, mengiktiraf komuniti luar bandar sebagai punca ilmu, serta berkongsi habuan ekonomi agar kedua-dua dunia diperkasa secara seimbang.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat tentang Vandalisme di Sarawak

Vandalisme merupakan masalah sosial yang memberi kesan ketara terhadap pembangunan masyarakat moden, khususnya dalam konteks bandar dan komuniti awam.

Di Sarawak, isu ini semakin mendapat perhatian apabila pelbagai insiden kerosakan terhadap kemudahan awam, utiliti, dan infrastruktur dilaporkan setiap tahun.

Walaupun tindakan undang-undang telah dilaksanakan, kejadian vandalisme masih berterusan, menunjukkan perlunya pendekatan baharu yang melibatkan komuniti dan pelbagai pihak berkepentingan.

Skala dan Impak Vandalisme di Sarawak

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak melaporkan bahawa negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM20 juta akibat vandalisme terhadap infrastruktur utiliti antara tahun 2022 hingga 2023 (Julaihi, 2024).

Kerosakan ini termasuk kecurian kabel tembaga, pemotongan tiang elektrik, serta perosakan panel kawalan dan pam air. Impaknya bukan sahaja kepada kerajaan negeri, tetapi juga kepada pengguna yang terjejas oleh gangguan bekalan elektrik, air, dan komunikasi.

Sebagai contoh, insiden pada September 2024 melibatkan kerosakan kabel voltan tinggi di Jalan Tabuan, Kuching, yang menjejaskan ratusan pengguna domestik (Sarawak Energy, 2024).

Kes seumpama ini menimbulkan persoalan tentang tahap kesedaran sivik serta tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Tanggapan dan Penilaian Masyarakat

Kajian menunjukkan bahawa masyarakat Sarawak mempunyai pandangan bercampur terhadap isu vandalisme.

Ramai penduduk menganggap perbuatan tersebut sebagai jenayah yang merugikan komuniti, manakala sebahagian lagi menilai ia sebagai tanda kurangnya ruang ekspresi dan perhatian terhadap golongan belia (Gan, 2013).

Menurut Gan (2013), faktor utama yang mendorong remaja terlibat dalam vandalisme termasuk pengaruh rakan sebaya, tekanan sosial, dan keinginan menonjolkan identiti diri.

Kajian serupa oleh Lamintang (2024) turut mendapati bahawa pelajar sekolah sering kali tidak memahami implikasi undang-undang dan moral terhadap perbuatan mereka.

Selain itu, sesetengah anggota masyarakat percaya bahawa kelemahan pengawasan serta kurangnya kempen pendidikan sivik menyumbang kepada sikap sambil lewa terhadap kemudahan awam.

Walaupun tindakan penguatkuasaan penting, perubahan sikap dan budaya memerlukan proses pendidikan serta penglibatan komuniti secara menyeluruh.

Pendekatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan

Pihak berkuasa negeri telah mengetatkan tindakan terhadap vandalisme dengan menggunakan peruntukan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 427, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menyebabkan kerosakan harta awam (Sarawak Tribune, 2024).

Majlis tempatan seperti Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turut memperkenalkan inisiatif rondaan komuniti serta kempen kesedaran bertemakan “Sayangi Aset Awam Kita”.

Walaupun pendekatan penguatkuasaan mampu mengurangkan kes, namun ia belum cukup untuk mengubah tingkah laku jangka panjang tanpa sokongan pendidikan dan penglibatan masyarakat (Zolkifli & Hashim, 2020).

Meneliti Penyelesaian yang Berkesan

Dalam konteks Sarawak, beberapa strategi boleh diketengahkan sebagai langkah penyelesaian mampan.

1. Program Khidmat Komuniti dan Pemulihan Sosial

Beberapa majlis tempatan telah mencadangkan pelaksanaan program khidmat komuniti bersyarat, di mana pesalah vandalisme dikehendaki membaiki kerosakan awam atau menyertai aktiviti komuniti sebagai ganti hukuman.

Model ini bukan sahaja mengurangkan beban sistem kehakiman, tetapi juga memberi kesedaran mendalam kepada pelaku mengenai kesan tindakan mereka terhadap masyarakat (Lamintang, 2024).

2. Program Penglibatan Belia dan Pendidikan Seni

Sarawak boleh mencontohi bandar lain seperti George Town, Pulau Pinang, yang berjaya menurunkan kes grafiti dengan menyediakan ruang mural sah dan menganjurkan pertandingan seni komuniti.

Melalui pendekatan ini, remaja dapat menyalurkan kreativiti mereka dengan cara positif. Program sebegini membantu membina rasa kepunyaan dan tanggungjawab terhadap ruang awam (Gan, 2013).

3. Kerjasama Awam-Swasta dalam Pemantauan dan Pemulihan Pantas

Kerjasama antara Sarawak Energy Berhad, Telekom Malaysia, dan Majlis Tempatan dapat memperkukuh sistem pemantauan kawasan berisiko melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta talian aduan komuniti (hotline).

Respons pantas terhadap insiden dapat mengekang kerosakan lanjutan dan menimbulkan kesedaran bahawa kawasan tersebut dilindungi secara aktif (Sarawak Energy, 2024).

4. Kempen Kesedaran Berasaskan Bukti dan Pendidikan Sekolah

Program pencegahan perlu dimulakan di sekolah rendah dan menengah melalui modul pendidikan sivik yang menekankan tanggungjawab sosial.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) boleh memperkenalkan aktiviti luar bilik darjah yang menekankan penjagaan kemudahan awam.

Kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal terhadap nilai sivik meningkatkan rasa empati dan mengurangkan kecenderungan terhadap perbuatan merosakkan (Zolkifli & Hashim, 2020).

Cabaran dan Peluang

Walaupun pelbagai inisiatif kesedaran telah dijalankan, cabaran besar masih wujud dalam memastikan keberkesanan jangka panjang.

Sikap acuh tak acuh, kekangan kewangan untuk sistem pemantauan berteknologi tinggi, serta kurangnya penyertaan sektor swasta merupakan antara faktor yang perlu diatasi.

Namun, pendekatan jurnalisme solusi menawarkan peluang untuk mengubah naratif media daripada hanya melapor kerosakan kepada memperkenalkan kisah kejayaan seperti komuniti yang berjaya memulihkan kawasan terjejas atau belia yang berubah menjadi duta anti-vandalisme.

Cerita positif sebegini boleh memperkukuh rasa tanggungjawab kolektif dan mendorong perubahan sosial yang lebih menyeluruh (McIntyre & Sobel, 2022).

Isu vandalisme di Sarawak menuntut pendekatan holistik yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, pendidikan sivik, serta kerjasama rentas sektor antara kerajaan, masyarakat, dan media.

Pendekatan jurnalisme solusi berperanan penting dalam memberi perspektif baharu kepada masyarakat bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian yang boleh diuji, diukur, dan ditambah baik.

Dengan  menggabungkan kekuatan media, komuniti, dan dasar kerajaan yang progresif, Sarawak mampu mengubah naratif daripada negeri yang menanggung kerugian akibat vandalisme kepada negeri contoh dalam menangani masalah sosial melalui inovasi, pendidikan, dan kesedaran sivik.

Rujukan

Combating Vandalism In Sarawak | Sarawak Tribune. (2024, July 4). New Sarawak Tribune. https://www.sarawaktribune.com/combating-vandalism-in-sarawak

Husin, M. R., Sufizi, N. A. N., Nasarudin, N. F. N., Yuslam, A. U., Zainal, S. A., Aspanizam, A. A., Bakhari, M. H. M., Aziz, N. S. H. C., Razak, S. N. A., & Aini, M. H. M. (2020). Faktor Utama Vandalisme dalam Kalangan Pelajar di Sekolah. Journal of Humanities and Social Sciences, 2(2), 52–61. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0202.119

Julaihi: Sarawak lost RM20 mln to utility infrastructure vandalism in 2022-2023. (2024, April 29). https://mut.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/

Sarawak Energy – Power To Grow. (2024). Sarawak Energy. https://www.sarawakenergy.com/media-info/media-releases/2024/vandalism-at-jalan-tabuan-in-kuching-damages-the-high-voltage-underground-cable

Latest

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.

TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua

Suatu masa dahulu, TVET sering menerima persepsi negatif seperti...

Mengekalkan Warisan Budaya Etnik di Bandar Tanpa Meminggirkan Masyarakat Luar Bandar

Penghijrahan belia etnik Sarawak ke bandar seperti Kuching dan Miri mewujudkan jurang warisan, menyebabkan tradisi kampung terancam. Usaha pemuliharaan budaya bandar perlu adil, mengiktiraf komuniti luar bandar sebagai punca ilmu, serta berkongsi habuan ekonomi agar kedua-dua dunia diperkasa secara seimbang.

Newsletter

spot_img

Don't miss

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...
spot_imgspot_img

Layman Wants Real Answers, Not Viral Delays

Real accountability means complaints trigger binding deadlines, compensation, alerts, and public reports. Until agencies face real penalties and whistleblowers still stay protected, viral outrage will keep replacing ordinary service. The layman wants working systems, not only temporary appeasement after embarrassment.

Niah’s True Test Starts After the UNESCO Plaque

The UNESCO inscription of Niah is a crucial first step, but the real prize for Sarawak will be economic diversification and community prosperity. Success hinges on translating this global validation into local livelihoods through sustainable tourism and infrastructure that benefits the people of Batu Niah.

TVET Bukan Lagi Pilihan Kedua

Suatu masa dahulu, TVET sering menerima persepsi negatif seperti pilihan yang sesuai untuk pelajar lemah akademik dan kerjaya berpendapatan rendah. Tidak kurang juga yang menganggap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here