Exclusive Content:

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Sarawak’s Inclusive Growth Lifts Every Community Toward Dignity

Sarawak is moving beyond GDP to measure poverty multidimensionally, tailoring urban and rural solutions. By integrating federal and state resources, expanding social protection, and upgrading infrastructure, the state aims to convert macroeconomic wealth into shared, dignified prosperity for all Sarawakians.

Rural Water Access Unlocks Sarawak’s Social and Economic Growth

Reliable rural water supply transforms Sarawak’s remote communities, enabling education, health, farming, and enterprise. Premier Sarawak’s vision, aligned with SDG 6 and ESG principles, accelerates universal coverage by 2030.

Sarawak Terus Raih Pelbagai Kejayaan

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk terus berganding bahu, saling melengkapi, beriltizam serta bekerja keras dalam menjayakan visi mentransformasikan Sarawak sebagai wilayah yang maju berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

Perkara ini ditegaskan oleh beliau semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka pada 22 Julai 2023 (Sabtu).

Premier Sarawak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Dan Perarakan Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka pada 22 Julai 2023

Menurut beliau, sejak 2017 Kerajaan Sarawak telah berusaha sedaya upaya mengangkat status ekonomi Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Daripada sebuah ekonomi konvensional, Sarawak kini berada pada landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah ekonomi yang dipacu oleh teknologi digital, data dan inovasi.

Dengan beberapa inisiatif digital, Sarawak sekarang merupakan negeri yang agak ke hadapan dalam proses ke arah digitalisasi ekonomi dan pentadbiran sepenuhnya.

Melalui inisiatif “revenue reengineering” Sarawak berjaya menambah hasil pendapatan negeri kepada RM11.9 bilion pada 2022.

Pencapaian ini merupakan suatu rekod kerana pada kebiasaannya hasil negeri berada pada tahap RM4 ke RM5 bilion sahaja, namun ini merupakan peningkatan satu kali ganda dalam masa empat tahun.

Kerajaan Sarawak juga telah memperkenalkan Cukai Jualan (SST) ke atas produk-produk petroleum untuk eksport dan juga ke atas produk-produk eksport lain termasuk aluminium, arang batu dan produk kayu-kayan tertentu.

Dalam tahun 2017 juga, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), untuk membangunkan sumber minyak dan gas di luar pantai Sarawak bersama Petronas melalui pemegangan ekuiti dan di kawasan pantai negeri ini dengan hak penuh seperti yang termaktub dalam Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958).

Sekarang, PETROS merupakan syarikat minyak dan gas ketiga terbesar di Malaysia dengan pendapatan sebanyak RM1.5 bilion pada 2022.

Dalam tahun yang sama, Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) turut ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman bagi agensi kerajaan negeri melaksanakan projek-projek infrastruktur yang strategik demi memperhebatkan pembangunan, khususnya di kawasan luar bandar.

Penyuntikan dana ini, khususnya melalui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) untuk pembangunan setempat di seluruh Sarawak merupakan suatu pelaburan untuk mempercepatkan penyediaan infrastruktur yang begitu penting untuk pembangunan ekonomi.

Misalnya, peruntukan berjumlah RM4.5 bilion kesemuanya telah banyak mempertingkatkan kemudahan jalan raya, jambatan dan sekolah di kawasan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di Kapit, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di Limbang/Lawas dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

Kemudian, pada awal tahun 2020, pandemik COVID-19 yang tercetus telah mengancam serta menjejaskan visi Sarawak untuk menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Namun, cabaran ini telah ditangani dengan penggubalan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) supaya ekonomi Sarawak mampu melangkah ke arah 2030 dengan jayanya.

Selari dengan dasar untuk menjamin kelestarian sumber dan alam sekitar negeri ini, Kerajaan Sarawak telah dengan langkah berani meneroka potensi-potensi ekonomi hijau yang menjadi fokus dunia pada masa ini untuk menangani pemanasan iklim global selaras dengan Perjanjian Paris.

Pembangunan ekonomi hijau memberi banyak peluang kepada Sarawak untuk mempertingkatkan ekonominya melalui pengeluaran gas hidrogen sebagai bahan bakar tanpa karbon, Industri Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), perniagaan karbon dan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada biojisim alga.

Sejak 2017, asas hasil negeri daripada ekonomi pertanian kepada ekonomi yang berasaskan pembuatan terus dilebarkan melalui inisiatif “revenue engineering” yang telah menggandakan pulangan hasil negeri ini.

Mungkin kita tidak sedar tetapi Bank Dunia memerhatikan pencapaian kita sebagai sebuah ekonomi yang sedang meningkat naik sehingga baru-baru ini, Bank Dunia telah mengkategorikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pencapaian yang sudah dikecapi adalah tujuh tahun lebih awal daripada yang disasarkan.

Justeru, beliau akan terus memberi dorongan kepada pentadbiran dan rakyat Bumi Kenyalang ini untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar pendapatan setiap isi rumah mampu ditingkatkan.

Beliau juga yakin dalam tempoh tujuh tahun seterusnya sehingga 2030, pendapatan negeri ini akan terus meningkat dengan perluasan asas kutipan hasil melalui inisiatif-inisiatif di bawah ekonomi hijau.

Latest

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan...

Memelihara Keindahan Warisan Keringkam

Keringkam ialah warisan seni sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Keindahan...

Newsletter

spot_img

Don't miss

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan...

Memelihara Keindahan Warisan Keringkam

Keringkam ialah warisan seni sulaman tradisional masyarakat Melayu Sarawak. Keindahan...

Sarawak’s Inclusive Growth Lifts Every Community Toward Dignity

Sarawak is moving beyond GDP to measure poverty multidimensionally, tailoring urban and rural solutions. By integrating federal and state resources, expanding social protection, and upgrading infrastructure, the state aims to convert macroeconomic wealth into shared, dignified prosperity for all Sarawakians.
spot_imgspot_img

‘Pinaram’, Hidangan Warisan Masyarakat Lun Bawang

Pinaram ialah sejenis makanan tradisional masyarakat Lun Bawang yang mendiami kawasan tanah tinggi utara Sarawak, khususnya di Limbang dan Lawas. Hidangan ringkas ini diperbuat daripada...

Integriti – Apa Yang Kita Buat Bila Tiada Siapa Melihat

Integriti sebenar diuji apabila tiada sesiapa memerhati, contohnya memulangkan wang lebih di kaunter kedai. Walaupun Indeks Persepsi Rasuah Malaysia meningkat kepada lima puluh mata, penilaian IMD dan EIU menurun. Kejujuran individu serta laporan rakan sekerja menjadi benteng terakhir kepercayaan komuniti.

Terminal Penumpang Kapit Kini Sepi Daripada Kesibukan

Suatu ketika dulu, perkhidmatan bot ekspres merupakan nadi perhubungan penting bagi penduduk luar bandar Sarawak, terutama di Bahagian Kapit. Sebelum siapnya jalan yang menghubungkan Sibu,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here